Wednesday, 27 May 2015

Life as a practical teacher

Assalamua'laikum.

dulu waktu awal-awal masuk sekolah, minggu-minggu pertama tu selalu tak lalu makan. asyik teringatkan kelas je. fikir macam mana nak ambil hati anak murid, nak faham diorang supaya boleh cari satu method yang bersesuaian dengan sikap pelajar. beli makanan pun, makannya lambat. renung je lebih.

bukan setakat tu, nak kunci jam pun kena check and tengok betul-betul supaya tak terlajak tidur. walaupun aku jarang sekali la terlajak tidur. tapi disebabkan amanah terhadap anak-anak murid ni,..faham-fahamlah. lepas tu, kadang-kadang terjaga malam, duk fikir sekarang dah pukul berapa ye? jam aku tak bunyi ke? pastu bangun..pergi la check fon untuk tengok jam. tup2, baru pkul 4.30 la, 5 la..memang patutla tak berbunyi lagi alarm tu. hmm

dah tu, asyik nak kejar masa je..sampai hampir setiap hari aku skip breakfast. dah la aku ni sebenarnya sebelum tu sangat titik beratkan breakfast. sampai rasa boleh jadi tergastrik tau. masuk kelas je..lapar. kadang2, lepas habis kelas hari tu..means, waktu sebelum zohor tu baru pegi makan (breakfast + lunch).

walaupun ayat aku macam tu, tapi sebenarnya aku nak cerita yang pengalamn ni semua manis sangat. ni dah nak habis dah aku praktikal. sedih kot. hari ni lepas balik sekolah tadi, tengah jalan balik (naik lrt sampai u) tetiba sebak datang. bergenang air mata. sekarang tengah taip ni pun tetiba rasa sebak. tinggal hari esok dan lusa je aku kat sekolah tu. lepas tu dah habis praktikal.

perkara hari ni yang buat aku jadi makin sebak adalah:

1) masuk relief kelas tingkatan 3Z. kelas ni selalu tak penuh. tadi pun 4 orang sahaja yang datang daripada 14 orang. seorang tu tidur, other 2 indians were chatting at the back. thus, aku pun ajak la seorang murid tu menyembang. aku tanya la macam-macam soalan. start daripada soalan sains yang aku reka sendiri (contoh: air laut warna apa?) sampai lah kepada soalan yang berbentuk untuk agak peribadi seperti, adik beradik berapa orang, tinggal di mana, dan kamu merokok ke? budak ni jawab jujur sangat dengan aku. katanya dia dah cuba semua (ganja, gam, etc.) dari tahun tiga, which i'm so shocked. banyak lagi perkara..then, aku pun cakap la kat dia, "awak, jangan awak. sayangilah diri sendiri. pilihan yang awak buat sekarang kesannya adalah pada masa akan datang." then, aku tanya lagi "takde niat nak berhenti ke?" pastu dia cakap, "dah berhenti dah cikgu. merokok je yang belum." hmm..merokok memang susah sikit ye nak berhenti??

2) masuk kelas yang aku mengajar. tapi disebabkan lepas habis peperiksaan pertengahan tahun, aku jadinya tak mengajar la. tapi aku pass balik kertas periksa diorang. bincang sikit dan selebihnya, menyembang. satu masa je pun. hehe..alhamdulillah, semua lulus kecuali seorang. murid-murid pun kelihatan gembira. kelas yang aku cerita ni, dalam kebanyakan masa, sebenarnya aku sangat awkward dengan diorang. jadi macam tak reti nak mengajar sangat. kelas diorang besar, dalam 25 orang. pastu budak2 yang etlit bola jaring tu salu tarik muka bila aku gagal terangkan dengan baik. jadi makin down bila ada dyorang. tapi lama kelamaan perasaan tu aku get rid dan alhamdulillah makin better. tadi, lepas bagi kertas periksa dan markah, aku pun cari masa untuk ucap terima kasih dan maaf. serius, aku sedih waktu tu. aku salu rasa aku awkward ngan diorang walaupun diorang sebenarnya ok je ngan aku? macam banyak benda aku tak buat baik-baik sangat. lesson plan ke apa ke..sume macam sambil lewa sikit sebab rasa down tu terbawa-bawa. astaghfirullah. maafkan cikgu korang.. :'(

3) hari ni juga ada pertandingan akhir acara balapan sebelum acara sukan utama hari jumaat ni, merangkap juga hari last aku praktikal di sekolah ini. selepas selesai bertugas sebagai penjaga masa bagi acara balapan, aku pun nak balik dan terserempak dengan 2 orang budak kelas yang aku mengajar (bukan kelas yang aku mention kat atas, no 2 tu. ni kelas lain). kelas budak ni kira penyeri dan penghibur hati aku kat sekolah ni la..dan budak yang aku terserempak ni adalah salah seorang budak yang aku paling awal ingat nama dia. dari jauh dia senyum dan panggil cikgu sambil senyum. aku balas sambil bertanya...kenapa tak datang semalam? huu..

sebenarnya, aku buat-buat tough je depan budak ni walaupun sebenanrya aku segan betul nak tegur atau balas teguran diorang. aku segan dan sangat hati tisu. sebak aku teringat muka budak2 ni. kesian pun ada. aku rasa aku tak selesai lagi tugas mendidik diorang ni. banyak yang tak sempurna which i'm so sad..sebab banyak perkara aku perlu tegur dan betulkan tapi tak dapat sebab kekurangan masa, dan kadang masanya tak sesuai. dan berat hati nak tinggal..sebab cikgu takut perkara tu akan melekat dengan korang samapai bila-bila.. (Allah, minta jauhkan keburukan-keburukan tersebut daripada diri mereka dan kurniakan segala kebaikan kepada mereka ya Allah). T_T

yang ikhlas,

cikgu s------a.

#cikgusayangkorang :'(
semoga jumpa di syurga. TT_TT