Wednesday, 27 May 2015

Life as a practical teacher

Assalamua'laikum.

dulu waktu awal-awal masuk sekolah, minggu-minggu pertama tu selalu tak lalu makan. asyik teringatkan kelas je. fikir macam mana nak ambil hati anak murid, nak faham diorang supaya boleh cari satu method yang bersesuaian dengan sikap pelajar. beli makanan pun, makannya lambat. renung je lebih.

bukan setakat tu, nak kunci jam pun kena check and tengok betul-betul supaya tak terlajak tidur. walaupun aku jarang sekali la terlajak tidur. tapi disebabkan amanah terhadap anak-anak murid ni,..faham-fahamlah. lepas tu, kadang-kadang terjaga malam, duk fikir sekarang dah pukul berapa ye? jam aku tak bunyi ke? pastu bangun..pergi la check fon untuk tengok jam. tup2, baru pkul 4.30 la, 5 la..memang patutla tak berbunyi lagi alarm tu. hmm

dah tu, asyik nak kejar masa je..sampai hampir setiap hari aku skip breakfast. dah la aku ni sebenarnya sebelum tu sangat titik beratkan breakfast. sampai rasa boleh jadi tergastrik tau. masuk kelas je..lapar. kadang2, lepas habis kelas hari tu..means, waktu sebelum zohor tu baru pegi makan (breakfast + lunch).

walaupun ayat aku macam tu, tapi sebenarnya aku nak cerita yang pengalamn ni semua manis sangat. ni dah nak habis dah aku praktikal. sedih kot. hari ni lepas balik sekolah tadi, tengah jalan balik (naik lrt sampai u) tetiba sebak datang. bergenang air mata. sekarang tengah taip ni pun tetiba rasa sebak. tinggal hari esok dan lusa je aku kat sekolah tu. lepas tu dah habis praktikal.

perkara hari ni yang buat aku jadi makin sebak adalah:

1) masuk relief kelas tingkatan 3Z. kelas ni selalu tak penuh. tadi pun 4 orang sahaja yang datang daripada 14 orang. seorang tu tidur, other 2 indians were chatting at the back. thus, aku pun ajak la seorang murid tu menyembang. aku tanya la macam-macam soalan. start daripada soalan sains yang aku reka sendiri (contoh: air laut warna apa?) sampai lah kepada soalan yang berbentuk untuk agak peribadi seperti, adik beradik berapa orang, tinggal di mana, dan kamu merokok ke? budak ni jawab jujur sangat dengan aku. katanya dia dah cuba semua (ganja, gam, etc.) dari tahun tiga, which i'm so shocked. banyak lagi perkara..then, aku pun cakap la kat dia, "awak, jangan awak. sayangilah diri sendiri. pilihan yang awak buat sekarang kesannya adalah pada masa akan datang." then, aku tanya lagi "takde niat nak berhenti ke?" pastu dia cakap, "dah berhenti dah cikgu. merokok je yang belum." hmm..merokok memang susah sikit ye nak berhenti??

2) masuk kelas yang aku mengajar. tapi disebabkan lepas habis peperiksaan pertengahan tahun, aku jadinya tak mengajar la. tapi aku pass balik kertas periksa diorang. bincang sikit dan selebihnya, menyembang. satu masa je pun. hehe..alhamdulillah, semua lulus kecuali seorang. murid-murid pun kelihatan gembira. kelas yang aku cerita ni, dalam kebanyakan masa, sebenarnya aku sangat awkward dengan diorang. jadi macam tak reti nak mengajar sangat. kelas diorang besar, dalam 25 orang. pastu budak2 yang etlit bola jaring tu salu tarik muka bila aku gagal terangkan dengan baik. jadi makin down bila ada dyorang. tapi lama kelamaan perasaan tu aku get rid dan alhamdulillah makin better. tadi, lepas bagi kertas periksa dan markah, aku pun cari masa untuk ucap terima kasih dan maaf. serius, aku sedih waktu tu. aku salu rasa aku awkward ngan diorang walaupun diorang sebenarnya ok je ngan aku? macam banyak benda aku tak buat baik-baik sangat. lesson plan ke apa ke..sume macam sambil lewa sikit sebab rasa down tu terbawa-bawa. astaghfirullah. maafkan cikgu korang.. :'(

3) hari ni juga ada pertandingan akhir acara balapan sebelum acara sukan utama hari jumaat ni, merangkap juga hari last aku praktikal di sekolah ini. selepas selesai bertugas sebagai penjaga masa bagi acara balapan, aku pun nak balik dan terserempak dengan 2 orang budak kelas yang aku mengajar (bukan kelas yang aku mention kat atas, no 2 tu. ni kelas lain). kelas budak ni kira penyeri dan penghibur hati aku kat sekolah ni la..dan budak yang aku terserempak ni adalah salah seorang budak yang aku paling awal ingat nama dia. dari jauh dia senyum dan panggil cikgu sambil senyum. aku balas sambil bertanya...kenapa tak datang semalam? huu..

sebenarnya, aku buat-buat tough je depan budak ni walaupun sebenanrya aku segan betul nak tegur atau balas teguran diorang. aku segan dan sangat hati tisu. sebak aku teringat muka budak2 ni. kesian pun ada. aku rasa aku tak selesai lagi tugas mendidik diorang ni. banyak yang tak sempurna which i'm so sad..sebab banyak perkara aku perlu tegur dan betulkan tapi tak dapat sebab kekurangan masa, dan kadang masanya tak sesuai. dan berat hati nak tinggal..sebab cikgu takut perkara tu akan melekat dengan korang samapai bila-bila.. (Allah, minta jauhkan keburukan-keburukan tersebut daripada diri mereka dan kurniakan segala kebaikan kepada mereka ya Allah). T_T

yang ikhlas,

cikgu s------a.

#cikgusayangkorang :'(
semoga jumpa di syurga. TT_TT

Saturday, 11 April 2015

Idola adalah satu kesyirikan #2

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

assalamua'laikum.

here comes the 2nd post for 'Idola adalah satu kesyirikan'. ramai daripada kita tak perasan dan buat-buat tak nampak atau bersalah dengan isu-isu berbangkit 'idola'. 

last post dah sentuh mengenai muzik, which i'm trying to say there was, music is bad..and your aqidah is highly being in risk. just so you know. hmm..muzik boleh membuat seseorang mabuk dengan perasaan dan meningkatkan nafsu seseorang. muzik juga dikatakan boleh mengusik hati seseorang yang mana, betapa diamnya fizikal dan hati seseorang itu..ianya boleh terganggu disebabkan muzik aka seruling-seruling syaitan ini. tak perlu berdolak-dalih wahai sekalian manusia, mengaku sahajalah dengan kebenaran ini. berapa ramai daripada kita terusik dengan lagu-lagu dan nyanyian walaupun pada ketika itu sebenarnya kita sedang melakukan pekerjaan lain. tidakkah kita menyedari betapa buruknya pengaruh muzik ini. kadangkala, ada yang sampai di antara kita menyatakan, mereka tidak boleh hidup tanpa muzik. kalaupun bukan begitu ayatnya, mungkin juga dia menyatakan 'music is my life'. astaghfirullah..


ketahian apakah ini sehingga kamu bangga meletakkan diri kamu sebagai hamba muzik? audzubillahhi min zalik.


namun, tidaklah muzik itu tidak dibenarkan langsung. mengikut pada ilmu yang saya ada sekarang, saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ianya dibenarkan hanya pada sesetengah peristiwa/perkara. contohnya, pada hari raya, majlis perkahwinan dan sambutan kemenangan mereka yang pulang setelah berjihad di medan perang. kemudian, nyanyian tersebut pula hanya dibenarkan kepada 'kanak-kanak perempuan' sahaja untuk tujuan hiburan yang tidak melampau dan bertujuan mendidik. nyanyian itu pula bukanlah nyanyian sangat, cukuplah sekadar alunan kanak-kanak kecil perempuan kepada bait-bait syair dan pukulan duf. wallahua'lam.

okay, sampai situ sahaja mengenai muzik. hal sebenanrya yang membuat saya ingin menulis di blog adalah berkait dengan idola. last friday, naik kereta dengan kawan tu, si penyampai radio ni berceritalah hal mengenai public figure bernama 'The Rock'. dikatakan ada seorang kanak-kanak (luar negara malaysia, satu negara dengan the rock) sangat-sangat meminati si the rock ni. sehinggakan beliau fight untuk sembuh daripada kanser macam tu semata-mata inspire and kagum dengan 'the rock', lebih kurang begitu la ceritanya. then, my friends' punya reaction pun 'positif' dengan perkara tersebut which i'm so disappointed with it. i knew, the rock and budak tu bukannya muslim pun, but as a muslim i cannot accept that positive reactions from you, my fellow muslims. why did you made like it was okay for someone to live for 'someone'? audzubillahhi min zalik. 


ampuni aku ya Allah, jika aku yang mungkin sangat emosi hingga tersalah tafsir sebegitu sekali dengan kenyataan-kenyatan mereka. whatever it is muslim/human specifically should always live for you.

"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, tuhan semesta alam."

Friday, 10 April 2015

Idola adalah satu kesyirikan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
la haula wa la quwwata illa billah..
astaghfirullah hal adziim..

pagi ini (dan hari2 sebelumnya juga), disebabkan menumpang dengan kawan ke sekolah..terpaksalah aku hadap lagu-lagu sumbang, lawak bodoh..dan penipuan aka panggilan hangit  daripada radio yang dipasang. aku diamkan je dengan kawan-kawan aku ni. takde la aku serang terang-terang depan muka mereka kalau aku tak setuju dengan apa-apa tindakan/isu yang di bawa mereka.

1st, nak cakap mengenai lagu-lagu aka muzik-muzik. i was once a music lover. really, benda ni kalau boleh tak nak dah aku ungkit dan ianya adalah salah satu kesalahan yang paling aku kesali. SANGAT. tiada kebaikan dalam mencintai sesuatu yang melalaikan seperti muzik/lagu. sepanjang kejahilan meminati muzik semua tu, sebenarnya diri ni sedar akan 'kesalahan-kesalahan' terkait perkara 'minat-minat' dan 'keasyikan layan' muzik lalai begitu. bodoh, sangat bodoh. walau sampai sekarang aku rasa bodoh sebab buat perkara bodoh dahulu. :'(

nak dijadikan cerita, i gave up music (inshaAllah lillahitaala)
tiada siapa-siapa yang mempengaruhi keputusan ini melainkan atas kesedaran diri dengan izin Allah setelah mendapat basuhan daripada penerangan bersumberkan dalil sahih daripada al-quran dan as sunnah daripada video ini: The classical hit...it's bad (music_nasheed) by Abu Mussab Wajdi Akkari.
music lovers bagilah berapa banyak alasan pun, tiadalah dapat menghilangkan kebenaran yang Allah turunkan. alasan-alasan seperti dakwah boleh dilakukan dalam banyak cara dan salah satunya ialah muzik aka nasheed, tak terpakai dalam penimbangan akal saya, sekurang-kurangnya. wallahua'lam.

keburukannya dah 'sampai' pada pancaindera saya cuma belum pernah saya luahkan kepada siapa-siapa, maka terhasillah tulisan bagi post kali ini. sememangnya kita tidak boleh membuka aib sendiri setelah Allah menutupinya, tapi disebabkan tiada siapa mengenali diri ini..maka ambillah mana-mana yang baik daripada post ini atas pengalaman 'stranger' like me.

setiap pagi atau subuh, sebelum sampai ke sekolah..telinga aku sudah diberi 'manisan dunia' lagu dan lawak bodoh sebegitu. fikirkan, alangkah indah sekiranya yang dimainkannya adalah alunan bacaan-bacaan al quran daripada qari-qari terkemuka seperti tawfeeq as sayegh dan idris abkar. Fikirkanlah wahai saudara-saudara seislam ku.

and, it's like a trend nowadays..for those yang nak repent from something..first thing they did was to change their taste of musics. from metal rock/rnb/hip hop to so called islamic nasheed. very few of us were actually find through the rough to see the real problems with the things we did before..what i really meant was to carilah ilmu, bukan berubah daripada muzik 'apa-apalah' kepada 'so called islamic nasheed'. PELIK. contoh mudah, kalau dahulu like fb page artis barat atau asia timur..sekarang like hijjaz, raihan, unic, maher zain atau sami yusuf. sekali lagi saya katakan PELIK. percayalah kata-kata 'stranger' ini, anda masih terperangkap.

saya sudah melaluinya, sebab itu saya berani berkata-kata. wallahua'lam. semoga Allah membimbing kita ke arah jalan yang diredhainya. next post will have the same title as now but with #2 at the end. inshaAllah..

p/s: banyak lagi nak cerita, tapi tak tahu nak mulakan macam mana. niat asal, isi post fasal lain..last2 jadi lain pula. maaf. saya tak sempurna. :'(

Saturday, 4 April 2015

Being in Final

something happened while uploading this team's pic. it obviously wanted to be up here. while i tried so hard to put it down there..below this post. but failed. and i don't understand why either. okay, whatever..
see, how charming they are. keke 3/4 pulled out red. <3 <3

Monday, 16 March 2015

Cuti Sekolah yang tak berapa cuti :(

hai hai..assalamua'laikum.

aku kembali lagi dengan cerita hati aku. sekarang ni adalah cuti sekolah. aku sebagai guru praktikal, sepatutnya sudah bercuti sakan di kampung halaman. aku masih ingat lagi akan kata-kata pensyarah yang mengendalikan program/kursus aku ini. katanya, "nanti minggu cuti sekolah tu..janganlah balik ke universiti, balik la ke kampung." namun, apakan dayaku setelah pengetua mengarahkan aku untuk menolong guru-guru subjek sains dan matematik membuat kelas tambahan pada cuti ini. alhamdulillah, kelas tambahan tersebut cuma berlangsung pada hari isnin dan selasa saja. aku dan pasangan guru praktikal hanya perlu menjadi tutor atau fasi saja, gituu.. huhu.. walaupun sedih tak terkata, kerana kawan-kawan yang praktikal di sekolah yang berlainan semuanya sudah bercuti di kampung, namun..inikan amanah. aku wajib lakukannya..walau apa jua. full stop.

dan aku sebenarnya, sangat-sangat nak balik. T_T
murid tingkatan 3 yang selalu memandang aku ketika berselisih atau nampak aku dari jauh pun, tak kelihatan dalam kelas tambahan ni. aku dah agak dia memang akan tak datang. kawan-kawan yang selalu dengan dia pun tak kelihatan. hmm..huntungla, duk rumah. dalam hatiku,

okeyh, apa sebenarnya yang aku nak cakap ni? oh, sekarang ni aku tengah ulangkaji matapelajaran matematik tambahan atau 'addmath' tingkatan 4. hal ini disebabkan, esok aku perlu menolong guru subjek ini buat kelas tambahan. jadi, aku rasa perlu untuk aku ulangkaji dan brush up balik minda aku dengan matematik. aku ni nama je budak yang ambil math as a minor, tapi...tak terer mana pun. tapi tapi tapi..aku memang suka math, terutamanya yang melibatkan hanya nombor. tiada simbol, trigo sume..hmm. buktinya, aku dapat A+ kot untuk kos 'Basic Operational Research' di universiti ini. huhu.. alhamdulillah. my hard work is eventually paid off. :)

aku sebenarnya sangat minat dengan subjek ni sebab ianya tidak membosankan dan sangat berkait rapat dengan business management, theories of game and decision in real life. business tu hat yang paling best as I could relate it to Hanzawa Naoki, a japanese series that I watched in the midst of studying this subject, specifically during study week break. lol. honestly, bila time study week je, mesti aku akan habiskan satu drama. waktu bukan study week, aku tak berminat pun dengan drama, malahan nak muntah.

hmm..bila study math ni, memang aku duk teringat je kat modular arithmetic, binnie and quinn from UC. haish..nak buat camna kan? dah terminat..camtu la aku. perempuan..tengok rancangan bukan sebab minat rancangan semata, tapi mesti ada sebab lain. #serius
dan, yang bestnya aku dah kira dah 100 days after monday tu hari apa secara proper. sememangnya hari rabu. aku kira 1,2,3 dan seterusnya guna planner book yang aku ada ketika menjaga kelas sewaktu ujian bulanan 1 di sekolah. dah boring sangat..aku pun terus mengambil keputusan untuk mengiranya dengan serius.

tidak habis di situ, balik saja ke kolej aku terus google balik mengenai modular aithmetic. dan cuba memahaminya. dan akhirnya, aku berjaya memahami bagaimana Binnie menggunakannya untuuk mengira 100 hari selepas hari isnin tu. caranya adalah;

disebakan 100 hari 'SELEPAS' isnin, jadi permulaan kiraan perlu bermula dari hari SELASA. betul?
thus, selasa = 1, rabu= 2.... isnin=7.

13 X 7 = 91
(explanation: 13 pusingan untuk kiraan 7, dah dapat 91 hari di situ. jadi, cuma perlukan 9 hari untuk lengkapkan 100 hari.)

9 hari, tolak 7 hari, tinggal 2 hari.
satu pusingan untuk setiap 7 hari, (bermula selasa, akan berakhir pada hari isnin).
thus, baki 2 hari yang tinggal tadi, akan dikira bermula selasa = 1, rabu = 2.

jadi, 100 hari selepas isnin ialah RABU.done!!

okay, penerangan ni lebih macam falsafah bagi modular.. k bai. adios. #tetiba bai. XD



Sunday, 8 March 2015

Crush #universitychallenge

Assalamua'laikum.

Hai, dah lama tak tulis kat sini. post yang sebelum2 ni langsung aku tak berminat nak sambung. #serius

dan sekarang, tiba-tiba sahaja aku rasa nak menulis mengenai isi hati ku ini. cuti lama2 hari tu, selama sebulan..menunggu..semester kedua bermula, biasalah dengan diriku ini yang suka sangat membuang masa di laman youtube. stand up comedy, talk, motivation, math, medicine..sume aku layan.

sampailah suatu masa di mana aku open youtube menggunakan fon. yang bestnya buka youtube guna fon, dia akan suggest kat aku most discussed video or most popular gitu. aku tertarik dengan most discussed video yang di suggest. it was about thug life compilation. aku pun tengok la..rupe2nya ianya mengenai seorang pelajar Trinity College, Cambridge jawab soalan dengan betul tanpa sempat Jeremy Paxman menghabiskan membaca soalannya dalam satu show kat UK sana named as 'University Challenge'. Jeremy Paxman ni host show ni..dia agak terkenal sebagai seorang yang agak grumpy yang pastinya akan memberikan debaran atau rasa gemuruh yang hebat kepada contestants of this show. huu

as soon as this student known as Morley answered the question correctly, Jeremy Paxman tanya, "Macam mana hang tau yang soalan ni nak tanya..?" tak sempat menghabiskannya.. Morley membalas, "That's what it was going to be." (tak silap aku dialog dia camtu la..)

Then, kalau team tu dapat jawab soalan 10 markah tu dengan betul, team tu akan dapat 3 soalan bonus with each for 5 points (kalau betul jawab). Jeremy Paxman tu provoke la, okay..kita tengok samada hang dapat jawab tak soalan2 ni. (Aku: wakakaka)

soalan pertama, okay..blablabla..you smartasses (aku lagi sekali: wakakakaka). sungguh menghiburkan dan melucukan. studio tu pun gamat ngan keletah Jeremy Paxman vs Morley ni. haha
then, soalan last bonus tu, Morley and his team members tak dapat menjawab dengan betul, thus Jeremy Paxman pun cakap, "not so easy are they?" heee..lagi seklai, kelako sungguh. XD

so, nak dijadikan cerita, bukan Morley mahupun Jeremy Paxman tu adalah orang yang aku crush. bukan2. walaupun aku slightly agak tertarik dengan Morley dan member2nya yang lain..seperti Drnovsek Zorko and Freeland, kerana mereka kelihatannya sangat dominan dalam show ni as a whole (for that season la).

okay, bila nak masuk cerita laki yang aku crush ni? huhu.. ye la, nak cite la ni. tu sume kat ats adalah mukaddimah saja. yang hat aku crush tu, team from Magdalen College, Oxford untuk season yang paling latest sekarang ni, 2014/2015. Mula2 jatuh cinta dengan Quinn tu ja, sambil Binnie mengikuti rapat di nombor 2. hahaha.. sekali, dengan Gillow and Savory pun aku turut tersuka..sebabnya teamwork diorang nampak best and so true and real. ehh? XD

aku tau ada season yang baru pun sebab most discussed video yang di suggest kat fon. aku pun bukak..tup2, pasal university challenge lagi dan ianya adalah sebuah video mengenai Binnei from Magdalen college, Oxford tu. aku pun tertanya? eh? ada episod yang baru? huhu.. excited aku nak tengok..sebabnya Binnie ni comel gila. pandai math pula tu. walaupun dia ambik chemistry. buktinya, dalam most discussed video tu, Jeremy Paxman punya soalan adalah, "What day will it be one hundred days after Monday?" dengan pantas dan tangkasnya, sambil wajah Binnie yang langsung tidak menunjukkan sebarang riak, Binnie menjawab, "Wednesday". aku masih terkulat-kulat nak kira dy dah jawab dah. what?

then, Jeremy Paxman pun tanya, "How did you know that?" disebabkan dia jawab betul. Binnie pun malu2 jawab sambil tersenyum, "Modular arithmetic". pergh..aku pun terus pause video, dan terus mencari mengenai "Modular arithmetic". sungguh, aku pernah belajar ini..since aku ambil math as a minor..but seriously aku tak tau pun benda yang aku pernah belajar tu adalah Modular arithmetic. dan aku pun memang tak ingat pun camna nak menggunakannya. sampai sekarang pun aku tak pernah mengira secara serius 100 hari selepas hari isnin adalah hari apa. aku accept ja jawapan Binnie tu. LOL

okay, Binnie ni la hat yang aku crush. sebab dia comel and pandai math walaupun ambik chemistry. dia ni bersaing dalam hati aku ngan si Quinn, team member si Binnie. Binnie adalah kapten, manakala Quinn duduk disebelah kiri Binnie. pada pengamatan aku mereka akrab..sebab sering kali aku melihat Binnie memerhati wajah Quinn ketika Quinn berbicara. mungkin Binnie juga mengakui kehenseman si Quinn, namun Binnie tak jeles kerana dia tahu dia seorang yang comel. okayh, mereka are so win-win. LOL

Quinn ni sangat hensem okayh! don't deny it. dia comel juga, tapi hensem dia lebih dominan. full stop. dan dia agak tak matang sikit berbanding Binnie. dia act like a boy and speak like a budak lelaki yang manja gitu..benda ni tak ketara dalam show ni, tapi sangat ketara dalam University challenge Documentary. wakaka.. tergelak habis aku waktu menulis ni. tapi, itulah yang aku rasa. aku crush kat dia dulu walaupun aku menjumpai Binnie dulu. namun sekarang, aku tak boleh nak pilih..
sambil Binnie turut mengagumkan dalam math walupun dia study chemistry, begitulah juga si Quinn ini. dia juga turut mencatatkan sejarah cemerlang dalam Biology walaupun dia study falsafah dan bahasa perancis. aku ingat lagi dia jawab cholesterol untuk satu soalan yang ditanya. laju je.

lain2 jawapan yang aku ingat..dia menjawab pantas dalam music session dengan menjawab "The Smith" sambil kemudiannya men'flick'kan rambut dia dengan bangganya. haha..sangat lol itu moment. banyak lagi, yang terbaru dia menjawab 'Strawberry', 'Uncanny Valley'..and again, biology question..dia jawab betul iaitu 'Fungus'. yang bestnya, opposition team tu ada sorang study medicine..pun tak dapat jawab. okay, aku sangat tak suka dengan grup tu. jahat sungguh aku. yes, i'm bias. tapi..team magdalen ni dah kalah dngan diorang..walaupun sebenarnya team magdalen lah yang mendahului.

okay, ni Binnie. dia comel waktu senyum dan hensem bila still. :)

this is Quinn, flicking his hair after answering The Smith right. hee :)