la haula wa la quwwata illa billah..
astaghfirullah hal adziim..
pagi ini (dan hari2 sebelumnya juga), disebabkan menumpang dengan kawan ke sekolah..terpaksalah aku hadap lagu-lagu sumbang, lawak bodoh..dan penipuan aka panggilan hangit daripada radio yang dipasang. aku diamkan je dengan kawan-kawan aku ni. takde la aku serang terang-terang depan muka mereka kalau aku tak setuju dengan apa-apa tindakan/isu yang di bawa mereka.
1st, nak cakap mengenai lagu-lagu aka muzik-muzik.
nak dijadikan cerita, i gave up music (inshaAllah lillahitaala)
tiada siapa-siapa yang mempengaruhi keputusan ini melainkan atas kesedaran diri dengan izin Allah setelah mendapat basuhan daripada penerangan bersumberkan dalil sahih daripada al-quran dan as sunnah daripada video ini: The classical hit...it's bad (music_nasheed) by Abu Mussab Wajdi Akkari.
music lovers bagilah berapa banyak alasan pun, tiadalah dapat menghilangkan kebenaran yang Allah turunkan. alasan-alasan seperti dakwah boleh dilakukan dalam banyak cara dan salah satunya ialah muzik aka nasheed, tak terpakai dalam penimbangan akal saya, sekurang-kurangnya. wallahua'lam.
keburukannya dah 'sampai' pada pancaindera saya cuma belum pernah saya luahkan kepada siapa-siapa, maka terhasillah tulisan bagi post kali ini. sememangnya kita tidak boleh membuka aib sendiri setelah Allah menutupinya, tapi disebabkan tiada siapa mengenali diri ini..maka ambillah mana-mana yang baik daripada post ini atas pengalaman 'stranger' like me.
setiap pagi atau subuh, sebelum sampai ke sekolah..telinga aku sudah diberi 'manisan dunia' lagu dan lawak bodoh sebegitu. fikirkan, alangkah indah sekiranya yang dimainkannya adalah alunan bacaan-bacaan al quran daripada qari-qari terkemuka seperti tawfeeq as sayegh dan idris abkar. Fikirkanlah wahai saudara-saudara seislam ku.
and, it's like a trend nowadays..for those yang nak repent from something..first thing they did was to change their taste of musics. from metal rock/rnb/hip hop to so called islamic nasheed. very few of us were actually find through the rough to see the real problems with the things we did before..what i really meant was to carilah ilmu, bukan berubah daripada muzik 'apa-apalah' kepada 'so called islamic nasheed'. PELIK. contoh mudah, kalau dahulu like fb page artis barat atau asia timur..sekarang like hijjaz, raihan, unic, maher zain atau sami yusuf. sekali lagi saya katakan PELIK. percayalah kata-kata 'stranger' ini, anda masih terperangkap.
saya sudah melaluinya, sebab itu saya berani berkata-kata. wallahua'lam. semoga Allah membimbing kita ke arah jalan yang diredhainya. next post will have the same title as now but with #2 at the end. inshaAllah..
p/s: banyak lagi nak cerita, tapi tak tahu nak mulakan macam mana. niat asal, isi post fasal lain..last2 jadi lain pula. maaf. saya tak sempurna. :'(
No comments:
Post a Comment