Wednesday, 24 August 2016

Yoon Doo Joon's Let's Eat 2

Hai semua. Huhu

Dua minggu lepas, aku dah habiskan tengok drama ni, Let's Eat Season 2. Yup, season 2. Maaf cakap, aku tak tengok season 1 atau mungkin, belum lagi? I don't know. Tapi nak cite, drama ni memang best sangat. Semua pelakon2 dia best dan jalan cerita pun meletops.

But tbh, aku start tengok cite ni bukan daripada episod 1 pun. Terminat sebab tertengok episod 7 camtu kat tvn, yang sekarang ni tengah free promotion dekat astro. Sebab tak tengok daripada mula,

Wednesday, 29 June 2016

#Monolog 2 Kawan lelaki

Sambungan #Monolog 1

Kawan lelaki yang aku ada yang aku boleh panggil 'kawan' cumalah kawan2 sekelas aku sewaktu tingkatan 5. Itu pun daripada 6 orang lelaki dalam kelas, cuma 2 je yang masih ku agak tahu khabarnye. (Yoyo er je..tak tahu sangat pun sebenarnye). Itu pun melalui whatsapp group..dan hanya beberapa minggu lepas, aku pun dah malas nak berada dalam group tu lagi. Jadi, aku keluar.

Nak dijadikan cerita...

Tuesday, 28 June 2016

#Monolog 1 Introvert

Aku nak luahkan sesuatu pasal diri aku. Bukan nak buka aib diri sendiri, tapi mana yang baik daripada post aku ni ambillah..yang tak baik tinggalkan. Secara peribadinya, aku bukan anti sosial..cuma agak selective sikit. Aku memang tak pernah berkawan rapat dengan lelaki. Tak, aku tak sedih langsung pasal ni. Aku memang macam tu dan jujurnya aku sangat bersyukur sebab tak reti nak berkawan rapat dengan lelaki. Yang perempuan pula, bukannya semua aku boleh rapat. Kalau rapat pun, rapat di kampus saja (classmate) atau dalam bilik saja (roommate). Rapat macam mana pun, aku tak pernah letakkan mana2 kawan yang rapat tu sebagai kawan baik aku. Kawan yang selalu bersama aku ketika dalam kelas atau kemana jua kami berjalan dalam kampus pun, kalau nak tahu..perbualan kami tak lebih daripada skop bidang pelajaran. Sembang dan pertanyaan semua berasaskan pelajaran kat kampus saja. Sembang2 picisan memang takde melainkan kalau ada kawan2 cousemate yang lain sekali bersembang. Sedangkan pada mata kasar orang lain, kami ni dah macam kembar. Asyik bersama je. Realitinya, bila balik kelas, cuti midsem/sem, dah grad ni pun..mana kitorang berhubung wasap2 bagai. None. Kalau mesej pun, ucap selamat berpuasa saja..pastu dah.

Sebenarnya, kawan perempuan ni terbahagi kepada dua dalam kehidupan introvert aku ni. Contoh nombor satu macam kat atas, hanya di kampus, but not at other places and time. Tak mesej atau calling2 bila balik bilik atau rumah. Contoh nombor dua pula, kau tak selalu bersama dengan dia. Dia tak semestinya satu kos dengan kau atau pun sebaya dengan kau. It just happened that you're somewhat clique to her/them. Terjumpa kadang2, tapi boleh sembang kelakar2 dengan dia. Boleh buat kelakar dan gurau2 dengan dia. Tapi, dia tak selalu dengan kau la. Itu je. Dan bila kau balik bilik atau cuti atau dah grad ni, kau memang banyak dan boleh wasap2 dengan dia ni. Pelik kan? Tapi at the end, kau tak boleh kongsi semua perkara dengan dia juga. Tapi still, kawan nombor2 ni buat kita selesa around them. Kawan nombor satu tadi, aku masih still awkward. But then, kisah hidup aku telah membuktikan, kawan nombor satu tadi, lebih bersedia untuk bersama ketika aku susah dan senang. Truth hits hard. 

Sunday, 20 March 2016

Rasa nak ambil (this one kid) sebagai anak angkat..

Assalamua'laikum.

Okay, I think I should briefly tell something about myself. I don't usually like kids. In fact, I called myself as one who dislikes kids big time. I don't hate them. It's just that I don't like kids that much. It was very different from people around me (my friends, I mean). They enjoyed playing with kids and enjoyed watching kids' videos, which I don't. There was one time where my friend showing me a video of her niece talking in gibberish language and eating food. She laughed at her niece's acts all through the end of the video, yet me, was just smiling. To be honest, I found that video is not amusing at all. It's normal and neutral. 

There is another story I wanted to share. It happened way before the previous one. This another friend of mine, inviting me to her house, for her having some sort of house-party, celebrating new house of her and her family. She told me there will be a lot of kids as her mother is a babysitter to eight kids from their neighbourhood, and they will be cousins of her too. So, nonchalantly I spoke to her and and my other friend who is going to that house party too that they should not surprise if I were to ignore and act sulky to those kids there, later. Thank god, they took it positively as I said that. 

But things happened differently. As I was in her house party, I found myself attracted and attached to this one little kid, boy. You know the feels was like, I wanted to take him home, cuddle and adopt him. He was so cute. He even spoke in english, which make me wanted to take him home more. 

So, from that day..saya sebenarnya percaya saya akan sukakan kanak-kanak hanya selepas saya sentuh, pegang dan dukung mereka. Sebab itulah bagaimana saya menyayangi anak-anak saudara saya. Baik yang lelaki atau yang perempuan. There are three put of my nine anak buah yan gsaya rasa nak belai-belai dan cuddle everytime I see them. One is a boy, and two are girls. but for the boy, he is already 7 years old now. So, I can't do that anymore. 

But you know what, recently I was so into this one youtuber. No, they are two persons..co-work and sharing one youtube channel..and became famous youtubers in town. Mereka ni bukanlah macam youtuber sangat, I mean yang macam vlog-vlog tu. No. Mereka punya video cuma mengandungi cabaran2 dan kadang-kadang hanya perbincangan dan perkongsian cerita. Dan kadang-kadang itulah, mereka akn berkongsi kisah tentang anak2 mereka. Dan kadang-kadang anak-anak mereka pun akan datang ke studio tu, dan muncul dalam video mereka. That's it. So, mereka itu adalah Rhett and Link, youtubers for their channels; 'Good Mythical Morning','Good Mythical More' and few others. 

Jadi Rhett punya dua anak lelaki, Locke and Shepherd/Shepard. Sementara, Link punya tiga orang anak, Lily, Lincoln dan Lando. Semua anak mereka memang comel-comel belaka. Seperti yang saya tulis di atas, saya tak berapa sukakan kanak-kanak. Hanya akan menyukai mereka jika dan bersentuhan, pegang and cuddle mereka. But then, it was different here. Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan Shepard..I want to adopt him, really bad. Obviously I'm not the one who thinks of wanted to take him home. Cause there is one comment (sadly, I couldn't find it back) said, "I want to take Shepard home"..and one of the replies she got there was, "Get in line." haha..so cute. I can relate to these commentators so much. Just in case you wanna know Shepherd..I introduce him to you. :)

Sunday, 13 March 2016

I have a say on Clever Girl Malaysia..

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. Hai..

Okay sebagai seorang penonton dan penggemar rancangan kuiz, izinkan saya memberikan sedikit komen dan cadangan penambahbaikan terhadap rancangan ini. Maaf jika penulisan ini kurang dimana-mana disebabkan penggunaan perkataan yang kurang tepat. Saya bukan seorang penulis yang baik. Amat sukar untuk menjelaskan apa yang ada di dalam minda saya dalam bentuk perkataan.

Secara terus terang, saya sangat teruja dengan kehadiran program berbentuk pengetahuan seperti ini. Saya menghargai mereka yang terlibat dalam pembikinan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Namun daripada pemerhatian saya, masih banyak penambahbaikan yang boleh atau perlu dibuat kepada program Clever Girl ini. Penonton-penonton studio contohnya, tidak perlu ditonjolkan secara dekat. Cukup hanya pandangan belakang sahaja apabila mengambil pandangan penuh para peserta di pentas. Ada sebab mengapa saya perkatakan perkara ini. Kebanyakan mereka akan bertindak tidak matang. Adalah lebih baik, produksi dan penganjur menetapkan 'rules' kepada mereka yang hadir menonton di studio, bagi menjaga standard program berbentuk ilmu dan menampilkan program yang ada kelas. 'Rule' yang sesuai adalah untuk tidak bersorak, cukup sekadar tepukan dan reaksi yang sesuai kepada pertanyaan/permintaan pengacara.

Selain daripada itu, saya juga kurang senang dengan penglabelan peserta berdasarkan negeri. Hal ini bermasalah kerana ianya betul-betul melibatkan setiap rakyat di Malaysia tanpa gagal. Saya ulang, setiap rakyat. Setiap daripada kita adalah rakyat kepada sesuatu negeri bukan? Jadi pada saya, ianya hampir membawa kepada isu dan kesan yang besar. (Pandangan saya berdasarkan kepada peminat-peminat sukan bola sepak). Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika pencarian peserta-peserta dibuat di universiti-universiti awam dan swasta seluruh negara. Hal ini kerana kesannya akan tertumpu kepada kumpulan yang lebih kecil dan bersikap sementara. Saya katakan bersikap sementara kerana kesannya kepada kelompok yang lebih kecil, dan pencapaian universiti-universiti masih terikat dengan faktor-faktor lain lagi. Sementara itu, kelompok yang lebih besar akan lebih bersikap neutral dengan menyokong peserta-peserta berdasarkan kepada minat dan pandangan mereka sendiri.

Akhir sekali adalah berkaitan soalan-soalan yang dikemukakan. Saya sangat suka dengan tahap soalan yang diberikan, 'average' dan sedikit tinggi, tempatan dan bersifat antarabangsa juga. Namun, pada saya peratusan soalan-soalan berbentuk pengetahuan am terlalu banyak, sehingga ia hampir gagal menunjukkan kebolehan sebenar peserta-peserta. Saya berpendapat, pembahagian soalan mengikut peratusan perlu dibuat kepada 'combination of contestants' fields:science:social, theology and general knowledge'. E.g, 40~45%:15~30%:30-45%. Only then, it will do justice. Penonton-penonton dirumah juga tidak akan terlalu mengeji peserta-peserta yang gagal.

Oh sebelum itu, penonjolan peserta sebagai personaliti tv atau selebriti juga tidak perlu. Apa yang saya cuba tujukan adalah #diari peserta yang ditayangkan setiap minggu. No, am going to say..sikit-sikit okaylah. Tapi jangan dibuat untuk diidolakan. Just to show their efforts so far, is okay. Saya sebenarnya tertonton rancangan diari mereka itu. Jadi bagi saya ada beberapa perkara yang tidak perlu ditonjolkan pun, contohnya seperti 'makeover' para peserta. We do not search for a new celebrity tv or entertainer (we had enough of them)..but we wanted to show Malaysian, what is a smart person look like.

Sekian coretan saya. Mana yang baik, ambillah. Mana yang buruk, tinggalkan. Komen dan cadangan saya tidak lain tidak bukan hanya untuk melihat Malaysia punya program yang lebih baik untuk meransang minda anak muda supaya mencintai dan mendalami ilmu.

P/s: Mungkin ada lagi satu benda..tapi sampai sini dulu.