Kawan lelaki yang aku ada yang aku boleh panggil 'kawan' cumalah kawan2 sekelas aku sewaktu tingkatan 5. Itu pun daripada 6 orang lelaki dalam kelas, cuma 2 je yang masih ku agak tahu khabarnye. (Yoyo er je..tak tahu sangat pun sebenarnye). Itu pun melalui whatsapp group..dan hanya beberapa minggu lepas, aku pun dah malas nak berada dalam group tu lagi. Jadi, aku keluar.
Nak dijadikan cerita...
Aku mungkin crush dengan salah sorang daripada diorang. (Macam tak logik). Perkara ni terjadi tanpa aku sedari pun. Yang kemudiannya aku rasa aku dah lama suka dia, mungkin sejak dari tingkatan 1 lagi? Tapi aku tak perasan. Tingkatan 4 atau 5 macam tu baru aku tersedar. Aku tak tahu apa pandangan dia tentang aku. Aku langsung tak pernah berborak dengan dia sebenarnya, walau sentiasa dalam kelas yang sama selama 5 tahun berturut. Even, kelab dan persatuan pun tersama. Tapi bukan kami berdua sahaja la..dengan kawan baik dy..dan beberapa kawan yang agak baik dengan aku. Ironinya, kelab dan persatuan tu sangat kecil, boleh kira dengan jari jumlah ahlinya. Dan batch aku, cuma kami2 sahaja. Hahaha kelakar pula bila kenang. XD
Batch junior under aku langsung tak join grup tu. Batch yang kemudian, mungkin dalam 1-2 orang saja dan kemudiannya agak ramai, dalam 10 orang. Tapi meeting tak pernah nampak. First day je ada. Al kisahnya, bila kami ni remain dalam grup tu sampai tingkatan 5, dan kemudiannya legacy perjuangan kami tidak dapat diteruskan dek ketiadaan ahli. Grup tu terpaksa dibubar tahun seterusnya. Sedihkan?
Okay, berbalik kepada cerita asal..dalam tahun2 yang aku masih tak sedar lagi tu..ada je aku pernah minat pada orang lain. HAH!! Tapi minat2 camtu, bukannya tahan lama. KAH!! Waktu aku kat kampus, pernah gak terminat seorang lelaki tu tanpa sengaja. Yelah, mana taknya..bila masuk kelas je mesti terperasan yang baju aku dan dia sama warna. Sentiasa. Without fail okay. Aku pun dah fed up waktu tu. Pebende kan? Pakai la baju warna lain...'ish!!', marah aku dalam hati. Aku tak pasti samada lelaki tu perasan berkenaan warna baju kami yang sama. (Nota: aku bukan suka dulu. lepas kejadian baju sama (2nd year) without fail tu yang buat aku tersuka tanpa sengaja. And I did notice him because, we actually kenal tanpa sengaja dalam kelas teras yang bersaiz kecil sewaktu tahun pertama di U.)
And the story begins bila aku terus padam perasaan tu selepas satu kejadian berlaku. Yes, aku langsung tak ingat nama dia dah. Muka mungkin kenal lagi..tapi nama dah tak ingat..yang mana jadi bukti memang aku abaikan langsung perasaan tersuka kat dia tu selepas kejadian ni berlaku kat aku. keh3. Apakah kejadian itu? Ya, kejadiannya sewaktu aku pulang ke kampung, bas yang aku naiki tu rosak di tengah jalan. Semua penumpang pun turun. Kebetulan bas rosak betul2 depan bas stop satu kawasan tu. Aku yang dah call ayah aku suruh datang jemput kat situ walau jauh sikit daripada tempat yang sepatutnya aku turun, ayah aku pun nak datang..okay, masa pun berjalan sambil aku merenung je ke jalan. Tak lama..aku nampak kereta ayah aku lalu..aku tau ayah aku tahu, aku ada kat bus stop tu. Ayah aku nak buat u-turn kat depan. Tak jadi masalah yang tu..cumanya, aku perasan ada seorang lagi lelaki sebelah ayah aku tu. Jeng3..
Terkejut sampai tak terkata aku, yang sebelah ayah aku dalam kereta tu adalah ayah kepada kawan lelaki sekelas aku tu. Tak pasti samada ayah dia masih ingat aku..(ye la, sebab ayah dia salu datang sekolah untuk tanda tangan buku rekod. Untuk aku, selalu mak aku yang datang.) Perkara ni mengejutkan. Aku tak tahu yang ayah aku sebenarnya kenal ayah dia..sebab..kawasan tempat tinggal kami berlainan (kampung sebelah). Bila aku selidik melalui ayah aku, rupanya..kampung atuk kami yang sama. Huu..cerita ni panjang lagi. Bakal bersambung.
![]() |
| Dengar kata dia ni dah kahwin. Ooh patutlah muka dia berseri. Sedih aku. Isk. |

No comments:
Post a Comment