Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Sunday, 13 March 2016

I have a say on Clever Girl Malaysia..

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. Hai..

Okay sebagai seorang penonton dan penggemar rancangan kuiz, izinkan saya memberikan sedikit komen dan cadangan penambahbaikan terhadap rancangan ini. Maaf jika penulisan ini kurang dimana-mana disebabkan penggunaan perkataan yang kurang tepat. Saya bukan seorang penulis yang baik. Amat sukar untuk menjelaskan apa yang ada di dalam minda saya dalam bentuk perkataan.

Secara terus terang, saya sangat teruja dengan kehadiran program berbentuk pengetahuan seperti ini. Saya menghargai mereka yang terlibat dalam pembikinan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Namun daripada pemerhatian saya, masih banyak penambahbaikan yang boleh atau perlu dibuat kepada program Clever Girl ini. Penonton-penonton studio contohnya, tidak perlu ditonjolkan secara dekat. Cukup hanya pandangan belakang sahaja apabila mengambil pandangan penuh para peserta di pentas. Ada sebab mengapa saya perkatakan perkara ini. Kebanyakan mereka akan bertindak tidak matang. Adalah lebih baik, produksi dan penganjur menetapkan 'rules' kepada mereka yang hadir menonton di studio, bagi menjaga standard program berbentuk ilmu dan menampilkan program yang ada kelas. 'Rule' yang sesuai adalah untuk tidak bersorak, cukup sekadar tepukan dan reaksi yang sesuai kepada pertanyaan/permintaan pengacara.

Selain daripada itu, saya juga kurang senang dengan penglabelan peserta berdasarkan negeri. Hal ini bermasalah kerana ianya betul-betul melibatkan setiap rakyat di Malaysia tanpa gagal. Saya ulang, setiap rakyat. Setiap daripada kita adalah rakyat kepada sesuatu negeri bukan? Jadi pada saya, ianya hampir membawa kepada isu dan kesan yang besar. (Pandangan saya berdasarkan kepada peminat-peminat sukan bola sepak). Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika pencarian peserta-peserta dibuat di universiti-universiti awam dan swasta seluruh negara. Hal ini kerana kesannya akan tertumpu kepada kumpulan yang lebih kecil dan bersikap sementara. Saya katakan bersikap sementara kerana kesannya kepada kelompok yang lebih kecil, dan pencapaian universiti-universiti masih terikat dengan faktor-faktor lain lagi. Sementara itu, kelompok yang lebih besar akan lebih bersikap neutral dengan menyokong peserta-peserta berdasarkan kepada minat dan pandangan mereka sendiri.

Akhir sekali adalah berkaitan soalan-soalan yang dikemukakan. Saya sangat suka dengan tahap soalan yang diberikan, 'average' dan sedikit tinggi, tempatan dan bersifat antarabangsa juga. Namun, pada saya peratusan soalan-soalan berbentuk pengetahuan am terlalu banyak, sehingga ia hampir gagal menunjukkan kebolehan sebenar peserta-peserta. Saya berpendapat, pembahagian soalan mengikut peratusan perlu dibuat kepada 'combination of contestants' fields:science:social, theology and general knowledge'. E.g, 40~45%:15~30%:30-45%. Only then, it will do justice. Penonton-penonton dirumah juga tidak akan terlalu mengeji peserta-peserta yang gagal.

Oh sebelum itu, penonjolan peserta sebagai personaliti tv atau selebriti juga tidak perlu. Apa yang saya cuba tujukan adalah #diari peserta yang ditayangkan setiap minggu. No, am going to say..sikit-sikit okaylah. Tapi jangan dibuat untuk diidolakan. Just to show their efforts so far, is okay. Saya sebenarnya tertonton rancangan diari mereka itu. Jadi bagi saya ada beberapa perkara yang tidak perlu ditonjolkan pun, contohnya seperti 'makeover' para peserta. We do not search for a new celebrity tv or entertainer (we had enough of them)..but we wanted to show Malaysian, what is a smart person look like.

Sekian coretan saya. Mana yang baik, ambillah. Mana yang buruk, tinggalkan. Komen dan cadangan saya tidak lain tidak bukan hanya untuk melihat Malaysia punya program yang lebih baik untuk meransang minda anak muda supaya mencintai dan mendalami ilmu.

P/s: Mungkin ada lagi satu benda..tapi sampai sini dulu.