Untuk yang tak tahu atau tak pasti apakah penyakit ni, meh sini aku bagitau. 'Second lead syndrome' tu adalah:
"Wanting so desperately for the lead actress of a drama to end up with the second guy, but you always know that she is going to end up with the lead guy in the end. Usually goes with the feelings of either wanting to curl up and cry over your ramen, knock someone's teeth in or both."
Itu adalah maksud yang aku dapat daripada 'urban dictionary'. Dalam Bahasa Melayunya, kira kau nak watak utama perempuan tu akhirnya memilih lelaki watak keduala sebagai teman hidup. Isk.
Ada 3 buah drama daripada 3 buah negara yang telah 'infect' aku dengan #secondleadsyndrome ni. Okay, jom rolling. (Take note, sume cerita kat bawah ni aku tengok dalam tahun 2016-2017. Ada yang dah lama keluar dah drama ni. Tapi baru tengok.)
Not in order..but first, kita pergi negara Jepun dulu:
1. Toki wo Kakeru Shoujo (Drama 2016)
![]() |
| Tak menarik langsung kan poster dia. Tapi, don't judge a book by its cover. Cerita dia best tau sebenarnye. |
Sedikit info mengenai drama ni. Tajuk dalam bahasa Inggeris dia adalah 'The Girl Who Leapt Through Time'. Cerita ni adalah adaptasi daripada sebuah novel lama , tahun 1960-an yang ditulis oleh Yasutaka Tsutsui. Sebelum drama 2016 ni, diorang dah pernah buat anime dan filem semua. Drama 2016 ni cuma ada 5 episod je. Al kisahnya, nasib baik 5 episod. Kalau berpuluh-puluh episod, tak tahan den. Sepuluh berbelas pun eden tak sanggup nak hadap. Mungkin den dah 'drop' cite ni awal2. Haish, tak mampu den nak 'suffer'. 'Second lead syndrome is at its best' sungguh dalam cite ni. Sebabbbb sampai ke habis aku tak faham kenapa watak utama perempuan tu pilih/nak/atau suka kat watak utama lelaki tu. Takde yang 'heroic' langsung fasal watak lelaki utama tu woih. Sampai sekarang lah eden tak faham. Maleh nak faham. Eden tetap pilih #secondlead. Baik, hensem, tinggi, pandai..semualah ada kat dia. Oh, 'second lead' dalam cerita ni nama dia Goro. Goro Asakura, nama penuh dia..dimainkan oleh Ryuma Takeuchi. 'And I bet', mana2 peminat Kamen Rider tu mesti kenal mamat ni.
Done with Japanese, now kita pergi ke negara China!
2. Qing Ding San Sheng (2014) / Love for Three Lifetimes
![]() |
| Meriah kan poster dia. Hahaha..haa, lagi sekali, jangan judge a book by its cover.. XD |
Ooooiiiiiii..cerita ni best sangat oi! Tak tau nak cakap camana. Hahaha.. cerita China memang sangat mantap terutama bila masuk plot and konflik. And dyorang punya lakonan, solution for the conflicts memang best. Smooth and balance. And it's not a surprise, cerita China memang banyak episod..40-60 tu memang standard doh. And it's not a surprise as well, bila dalam beberapa apisod tu kau takkan jumpe salah sorang daripada 4 watak utama tu. It's not a problem at all. I don't know how Chinese drama can do this. Kalau drama Korea dengan Jepun tak boleh oi. Special sangat weyh cerita China. I loike!!! And damn, cerita ni punye second lead memang sangat HOT, CALM and TOO FINE! Muka, harta and MANNER sume dia ada okay. Totally husband material lah baq hang! Yang sedih nya apa tau? Aku tak tengok habis lagi. Sebabb..cite ni susah betul nak cari kat mana2 site. Yang ada cume Viki. Tu pun diorang tak habis kan 'sub'. Sedih weyh!! (Tu laaa..dulu waktu 8TV tayang hang jual mahal. La ni, hang termimpi-mimpi second lead cita nih). So, sebenarnye aku tak tau pun macam mana pengakhiran cerita ni. Dia pilih lelaki yang mana? Kanan ka kiri??? (Rujuk poster di atas) Oh, second lead dalam cite ni yang lelaki sebelah kanan dalam poster tu tau. Pakai kot putih, dan tie putih belang biru. Chi Rui yang dimainkan Zhu Yi Long is totally a man's character that every girl will dreams of. (Except for his religion). Hehe..
Okeyh, but last but not least. Drama Korea.
3. Hwarang; The Poet Warrior Youth (Dis 2016- Feb 2017)
![]() |
| Perlu ke aku cakap lagi sekali jangan judge a book by its cover! Huh! XD |
Okeyh, apa tu Hwarang? Alaa..malas la nak tulis .Hangpa pi google sendiri la apa tu Hwarang. Huu..
Hmm, cerita ni aku tak tau nak mula daripada mana. Satu, sebab cerita ni masih lagi ongoing semasa aku tengah menulis ni. Tak habis lagi. Hukhuk. Cerita ni best dan menarik. Tapi dia punya naik turun dia betul2 macam rollercoaster ride. Hang paham dak? Cite ni lah yang tengah buat aku emo dan terus rasa nak menulis di ruangan blog aku bi. Emooooo! Ni adalah cerita Korea, tapi dia punya naik turun plot dah nak hampir macam cerita China. Tetapi masih mengekalkan keKorea-annya. Faham2 sajalah Korea ni. Benda kecik jadi besaq. Satu persoalan akan dirungkai hujung2 camtu. Haish. Tapi aku still adore dengan cerita ni and all the casts. So many ships yang kau boleh board. Tapi writer-niim memang buat aku emo habis sebab buat jalan cerita untuuk second lead tragic sampai aku emo sangat2. Nak tau apa dia hangpa kena tengok sendirilah! Dari first episod aku dah termasuk team second lead. And there's no door for me to escape. Aku happy bila baca komen2 kat youtube yang most watchers memang feel sama dengan aku. Tapi as more episodes came in, more watchers daripada team first lead emerge. Aku tak faham perasaan tu, sampai aku terpaksa rewatch drama ni from the first episode untuk tengok kat mana yang aku tertinggal, tak nampak or overlook cite ni sampai aku tak boleh nak minat, feel or approve langsung first lead male-female lead relation? :'(
I keep questioning myself while rewatching. Still couldn't get the answer. I still find the relationship between first male lead-female lead is WEIRD. TOO WEIRD, even sekarang dah nak masuk episod 16 dah. Lagi 4 hingga 5 episod je dah nak habis cerita ni. Papelah kan..I just wish a VERY HAPPY ENDING for Sam Maek Jong/King Jinheung/Kim Jidwi (tiga2 tu nama second lead) yang dimainkan oleh Park Hyung Sik dalam cerita ni. Tragic sungguh cerita dia..kesian sangat! Especially dengan lakonan mantap dia tuh. Aku tak boleh.. TT_TT
And sorry. Aku nak ranting panjang sikit fasal drama Hwarang ni. Hwarang bukan first case 2nd lead syndrome aku untuk drama Korea. First case aku adalah untuk cerita 'One Fine Day', drama lakonan Gong Yoo, Sung Yu Ri, Nam Goong Min dan Lee Yeon Hee. Dalam cerita One Fine Day, aku sokong Nam Goong Min gila2. Sampai sekarang aku tak minat Gong Yoo. So, hangpa cerita la kat aku Coffee Prince best ke...Train to Busan best ke...dan terbaru, Goblin. Sorry not sorry. I tetap tak minat Gong Yoo. Tak minat lakonan dia. And dia pun bagi aku tak hensem pun. Sorry fans Gong Yoo. I don't hate him..tapi my preference say No to him. Mostly sebab 'One Fine Day'. Kah!
Done..thank you for visiting and reading! >.<



No comments:
Post a Comment