Monday, 16 March 2015

Cuti Sekolah yang tak berapa cuti :(

hai hai..assalamua'laikum.

aku kembali lagi dengan cerita hati aku. sekarang ni adalah cuti sekolah. aku sebagai guru praktikal, sepatutnya sudah bercuti sakan di kampung halaman. aku masih ingat lagi akan kata-kata pensyarah yang mengendalikan program/kursus aku ini. katanya, "nanti minggu cuti sekolah tu..janganlah balik ke universiti, balik la ke kampung." namun, apakan dayaku setelah pengetua mengarahkan aku untuk menolong guru-guru subjek sains dan matematik membuat kelas tambahan pada cuti ini. alhamdulillah, kelas tambahan tersebut cuma berlangsung pada hari isnin dan selasa saja. aku dan pasangan guru praktikal hanya perlu menjadi tutor atau fasi saja, gituu.. huhu.. walaupun sedih tak terkata, kerana kawan-kawan yang praktikal di sekolah yang berlainan semuanya sudah bercuti di kampung, namun..inikan amanah. aku wajib lakukannya..walau apa jua. full stop.

dan aku sebenarnya, sangat-sangat nak balik. T_T
murid tingkatan 3 yang selalu memandang aku ketika berselisih atau nampak aku dari jauh pun, tak kelihatan dalam kelas tambahan ni. aku dah agak dia memang akan tak datang. kawan-kawan yang selalu dengan dia pun tak kelihatan. hmm..huntungla, duk rumah. dalam hatiku,

okeyh, apa sebenarnya yang aku nak cakap ni? oh, sekarang ni aku tengah ulangkaji matapelajaran matematik tambahan atau 'addmath' tingkatan 4. hal ini disebabkan, esok aku perlu menolong guru subjek ini buat kelas tambahan. jadi, aku rasa perlu untuk aku ulangkaji dan brush up balik minda aku dengan matematik. aku ni nama je budak yang ambil math as a minor, tapi...tak terer mana pun. tapi tapi tapi..aku memang suka math, terutamanya yang melibatkan hanya nombor. tiada simbol, trigo sume..hmm. buktinya, aku dapat A+ kot untuk kos 'Basic Operational Research' di universiti ini. huhu.. alhamdulillah. my hard work is eventually paid off. :)

aku sebenarnya sangat minat dengan subjek ni sebab ianya tidak membosankan dan sangat berkait rapat dengan business management, theories of game and decision in real life. business tu hat yang paling best as I could relate it to Hanzawa Naoki, a japanese series that I watched in the midst of studying this subject, specifically during study week break. lol. honestly, bila time study week je, mesti aku akan habiskan satu drama. waktu bukan study week, aku tak berminat pun dengan drama, malahan nak muntah.

hmm..bila study math ni, memang aku duk teringat je kat modular arithmetic, binnie and quinn from UC. haish..nak buat camna kan? dah terminat..camtu la aku. perempuan..tengok rancangan bukan sebab minat rancangan semata, tapi mesti ada sebab lain. #serius
dan, yang bestnya aku dah kira dah 100 days after monday tu hari apa secara proper. sememangnya hari rabu. aku kira 1,2,3 dan seterusnya guna planner book yang aku ada ketika menjaga kelas sewaktu ujian bulanan 1 di sekolah. dah boring sangat..aku pun terus mengambil keputusan untuk mengiranya dengan serius.

tidak habis di situ, balik saja ke kolej aku terus google balik mengenai modular aithmetic. dan cuba memahaminya. dan akhirnya, aku berjaya memahami bagaimana Binnie menggunakannya untuuk mengira 100 hari selepas hari isnin tu. caranya adalah;

disebakan 100 hari 'SELEPAS' isnin, jadi permulaan kiraan perlu bermula dari hari SELASA. betul?
thus, selasa = 1, rabu= 2.... isnin=7.

13 X 7 = 91
(explanation: 13 pusingan untuk kiraan 7, dah dapat 91 hari di situ. jadi, cuma perlukan 9 hari untuk lengkapkan 100 hari.)

9 hari, tolak 7 hari, tinggal 2 hari.
satu pusingan untuk setiap 7 hari, (bermula selasa, akan berakhir pada hari isnin).
thus, baki 2 hari yang tinggal tadi, akan dikira bermula selasa = 1, rabu = 2.

jadi, 100 hari selepas isnin ialah RABU.done!!

okay, penerangan ni lebih macam falsafah bagi modular.. k bai. adios. #tetiba bai. XD



No comments:

Post a Comment