Tuesday, 4 November 2014

Sejarah Anime

Assalamua'laikum semua..

Okay, ni first post..saja nak meluahkan perasaan sikit. Hmm..iaitu mengenai perasaan aku terhadap satu anime yang aku tengok ni. Aku bukan la peminat anime atau manga ke apa, dan sampai sekarang pun aku macam tak percaya je aku tengok anime, apatah lagi anime yang satu ini.


GINTAMA!!


Itulah tajuk anime atau manga yang aku tengok dan baca. Tapi tak follow betul2 pun since 'uhuk2..nak study kan?' :D


Hmm, aku mula dari sejarah aku mengenali anime ni la ye..kemudian kepada 'fav characters' aku dalam anime ni. Sejarahnya bermula pada tahun 2009 (kalau tak silap), waktu aku tengah cuti lepas SPM. So, apa yang terjadi adalah pada masa aku cuti tu, RTM 2 tayang cerita ni kat tv kot. Korang percaya tak? Sapa yang tahu "Gintama", mesti tak percaya punyalah! hahaha


Tayangan Gintama kat RTM 2 waktu tu pukul 7.00 atau 7.30 pagi Sabtu dan Ahad macam tu. Pelik gak nape dia buat awal sangat. Ye la..bebudak bukannya akan bangun awal pun Sabtu dan Ahad ni. Mungkin ada, tapi..bagi pendapat aku, sikit la kan? Haa, tapi aku tak de la 'terikut' anime daripada episod 1. Entah episod berapa pun aku tak tau. Tapi kira 'episod2' yang awal jugak la.


Cerita dia memang kelakar habis la. Mak dengan kakak aku yang terpaksa tengok sekali kat sebelah (sebab anak dia yang ni berkeras nak tengok rancangan tu jugak) pun, tergelak-gelak sama. Adala dalam beberapa minggu kami tengok sesama, pastu lepas beberapa minggu tu jugak la tetiba ja RTM 2 stop siar rancangan tu. Punya la aku tak puas hati. Ishh.. aku ngan kakak aku punya la tertanya-tanya. Pesal tak de gintama hari ni? Pastu ingat hari tu je, rupa-rupanya next2 week pun tak de jugak. Sedihss!


Aku ingat la tajuk anime ni, dan simpan keinginan sikit untuk cari balik anime nih. So, apa yang aku buat adalah setahun lebih kemudian baru aku cari balik anime ni, iaitu masa aku tengah cuti lepas habis asasi (hehe, sy produk palam. rindu masa2 palam batch 2010/2011 ku..). Cari2, tup2 jumpa. So, aku pun tengok la daripada awal. Mula2 cam nak give up je. Sebab rasa memang tak best langsung...lame.. tambah pulak dalam bahasa jepun. ye la..kat RTM 2 dulu diorang dub dalam bm. kadang2 aku rasa, joke/troll yang diorang dub dalam bm tu 200% lagi best dan kelakar daripada yang dalam bahasa jepun. pheww (Entah sapa la yang dub tu, memang best. tabiks sikit. huhu) :D


Sambungan..aku tengok daripada awal sampai episod 215. kemudian berhenti sebab nak masuk u. Pastu dah malas nak sambung and follow betul2. Aku banyak skip2 je sampai la sekarang..sebab malas nak tengok episod2 yang agak bosan. Kalau boleh nak habiskan melalui tengok OVA (original video animation dia je). Sekarang baru ada dua OVA, 'Benizakura hen' dengan 'Yorozuya yo eien nare'. So, kira cam banyak jugak la 'serious arcs' yang aku tak tengok dalam siri. shedih gak la..tapi aku tak lalu nak hadap episod2 yang agak bosan, since aku kira macam dah immune dengan jokes dia. So, benda tu jadi lame..dan malas nak sesakkan otak dengan perkara2 camni. (cewaah..tapi betul!!) tapi, Gintama, when it comes to serious arcs..even naruto, bleach and one piece pun kalah. sorry guys, fans for these three animes. Gintama's arcs were BADASS!! that's it.

***sleepy. to be continued...  ZzZzZz


Tu dia tulis,, Gintama. hehe

Eh, ni sapa ni? bukan watak utama ni? hmm, gonna say bout him later. huhu







No comments:

Post a Comment